Thursday, December 27, 2012

Kenapa aku bertemu dia?

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahwa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH dan PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL...

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA. Aamiin...

Notakaki : Hanya sebagai motivasi diri...peace!

Friday, December 7, 2012

Seharusnya bersyukur...

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat...(dh mcm segmen motivasi plak)

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan yg baik dan masih bernyawa untuk terus menikmati kehidupan dan Rahmat-Nya. Mesti korang pelik ngan statement aku di entry ni..bukan buang tebiat tau..Just mensyukuri apa yg telah Allah kurniakan secara tak langsung memuhasabah diri...

Bersyukur...Kita wajib bersyukur atas segala yg telah ditetapkan kepada kita tak kira baik atau buruk, sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah. Percaya dengan takdir Allah, Insya-Allah..Dia tidak akan menghampakan kita. Kadang2 Allah datangkan kesusahan pada kita, tp akhirnya Dia beri kita kesenangan. Setiap apa yg Dia buat, ada sebab dan alasannya. Maka tak seharusnya kita asyik mengeluh dan kecewa sebaliknya redha dan berusaha menempuhi setiap dugaan dengan berbekalkan doa yg tak putus.

Aku bersyukur...Bersyukur sangat  dengan apa yg Allah beri padaku selama ni. Walaupun buruk..walaupun pahit...tapi selalunya akan ada manis dikemudiannya. Terlalu banyak yg Allah dah tunaikan kehendak dan kemahuanku, di luar kesedaran aku. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar..Memintalah..mintalah seberapa banyakpun dengan Allah. Dia tak pernah lokek. Antara cepat dengan lambat, pasti akan tertunai juga permintaan kita.

Lepas satu..satu..kejadian yg aku alami membuatkan aku sedar yg Allah tak pernah menjauhi aku, cuma aku je yg kadang2 "terjauh" dengan dia. Dulu nak masuk U, Allah dah tunaikan..Nak beli kereta, Allah mudahkan jalannya. Nak anak kembar, perempuan, pun Allah tunaikan. Nak bukak taska, juga dah tertunai walaupun terpaksa mengharungi pahit jerih. Baru2 ni dengar khabar NAPIC HQ kena pindah ke Inspen, Bangi. Teringat pulak dulu aku pernah buat surat minta tukar ke Inspen, sampaikan bila kena tukar ke Putrajaya mati2an tak nak, siap buat surat penolakan lagi..Masa tu marah2 jugak, lain tempat yg aku mintak lain tempat yg aku dapat. Haaa..sekarang, Allah tunaikan permintaan aku untuk ke Inspen walaupun dah hampir 2 tahun aku di putrajaya dan aku pun dah sayang ngan Putrajaya (sb senang nk g keje). See...Allah Maha Mendengar, Maha Pemurah...Apapun yg aku mintak, walaupun hanya terdetik dalam hati je, Allah makbulkan jugak..walaupun lambat. Macam ni aku masih nak menyombong dan tak reti nak bersyukur?? Astaghfirullah Al'azim...

Maka...bersyukurlah kita atas segala yg kita ada kerana semua itu dari Allah. Bila kira bersyukur, kita akan jadi redha. Bila kita redha, kita akan menerima segala dugaan dengan hati yg tenang. Dari situ akan lahirlah ketenangan dalam diri seterusnya kehidupan kita...

Alhamdulillah...Subhanallah...Allahuakbar...