Thursday, January 10, 2013

Rahsia Anak Ke 2

Assalam....

Kat facebook td aku ada tgk satu post yg sgt menarik hatiku...haaa..Rahsia anak ke 2. Aku le tu...heheh..Aku pun apa lagik, terus copy then paste kt entri ni. Meh kita tgk apakah rahsianye...Layanzzz...


ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras tp hati dia lembut. SATU lagi pe'el dia, dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent. Memang betul tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.


Kalau di amat-amati, hampir semua fakta tu sama ngan perangai aku tp tu kata aku la...Apapun, aku rasa org lain yg akan lebih tau tentang aku sb diaorg yg menilai aku, kannnn....

Bagi anak pertama, ke 3, ke 4 dan seterusnya, kalo nak tau rahsia tentang korang, sila google sendiri ye...hehehe..

Tuesday, January 8, 2013

Makan2...Le Chateau De Puah

Cerita ni dah agak basi sebenarnya tapi baru sekarang ada mood nak buat entri ni...huhu..Sori le...

Alkisahnya, dua minggu lepas anak buah sebelah En. Meor nak belanja makan coz dia dapat biasiswa penuh siap ngan elaun bulanan lagi dari sebuah "badan" (aku tak ingat ape namanye) untuk Program Master yg dia amik skrg.(Yang aku pegi majlis convo dia kt UTM dulu) Bertuahnye badan kan...Moga makin sukses dan makin berkat dengan belanje kuarga..heheh..(Ayat tak penahan)

Mulanya decide nak makan kt Bagan Lalang (Jauh tu..) tp cancel last minit coz jauh n ada baby, kesian la nak jln malam2..So, pilihan kedua ialah Restoran Le Chateau De Puah kt Jln Puah, Gombak. Dekat je ngan Setapak...Dulu kitorg pernah makan kat sini masa besday Asyfan tp masa tu aku xde blog lg, so takde la citenye..heheh...Means, ini kali ke 2 ktorg makan kt sini. Restoran ni ala2 Timur Tengah punya konsep. Menu dia pun ada dari belah2 sana, Malaysian food ada..Western pun ada...Banyak pilihan...Tapi regenye...boleh tahan gak la...hehe...


Maka, malam Sabtu tu ktorg dalam 4 kuarga berkumpul la di restoran tu. Kakak ipar aku dah booking bilik aircond siap2. Sampai je kat situ pelayan dah tunjukkan bilik ktorg. Emmm...bilik yg sama masa 1st dtg dulu. Mengimbau kembali kenangan dolu...Masa 1st time dtg dulu Asyfan ngan Ajwad je ada. Ajwad pun x sampai setahun lagi. Skrg dah ada kembar..Kembar kemain lg seronok dapat lepas bebas dalam bilik tu coz konsepnya duduk bersila. Ada gak kerusi tapi tu kena duk luar la...hahah...Aku suka konsep duduk bersila di restoran ni coz aku leh rileks skit tak payah nak layan sgt si kembar tu. Diaorg pun syok je main2..merangkak2 tanpa ada sekatan...Untuk kuarga yg ada anak kecik, kalo nak g makan2, aku syorkan tempat ni. Kalo bdk2 nak tido pun takde hal then makbapak leh makan dengan aman...

Macam2 kami order malam tu, maklum le org belanje...heheh...(Cian Kak Dik) Ada yg order bakso, Nasi Bukhara, Olio, Carbonara n banyak lg aihh...Bubur utk kembar pun ado...hehe...Aku takmo makan nasi mlm tu coz dulu dah rasa nasi dia, nak rasa menu lain plak...so order la Meatball. Dalam menu ditulis dihidang dgn penne bolognese. Sekali dtg, spegetti pulok...huhu..dah la order aku lmbt sampai, sblm tu dh sebat spegetti Asyfan. Dh order, makan je la...Rasa dia ok la...Meatball dia best gak la di siram dgn black paper sauce.



Olio ni Nurul punye

Lama ktorg lepak kt situ. Borak2..merancang percutian lah bagai...huhu..bnyknye plan...Dekat kul 11 gak baru ktorg balik. Thanks to Kak Dik + Kak La yg belanje ktorg...About RM400++ gak la sumenye....









p/s : gambar still xleh upload..nyampah tul!!

Apakah petandanya....?

Sejak beberapa minggu ni kelopak mata kiri sebelah atas ni asyik berkedip je...Cukup merimaskan dan merisaukan. Ye la,org kata kalau mata sblh kiri bergerak tu petanda berita tak baik, maunye aku tak risau...Hari2 asyik terfikir apa la perkara buruk yg aku akan hadapi. Hari2 berdoa moga tak ada berita buruk yg aku terima. Takut wehhh...

Hari ni tergerak hati nak google pasal mata berkedip ni n hasil carian agak melegakan hati...hehe...Cekitdaut..!

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Dan di bawah ni lagi hasil carian "Petanda Anggota Badan Bergerak" :-
  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
Yang di atas ni adalah petanda dari ramalan org dulu2. Orang dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang diorg lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan diorg mempercayai setiap alamat. Petanda2 yang di atas tu adalah berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Tapi ia hanya boleh dijadikan sebagai pengetahuan saje, bukanlah untuk dipercayai. Sebagai Muslim kita tak sepatutnya terpengaruh dengan kepercayaan-kepercayaan seperti itu. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan ketentuan dari Allah. Semoga yang terbaik juga yang kita akan perolehi. Kita hanya mampu berdoa semoga semua yang baik-baik sahaja yang kita akan dengar dan perolehi. Baik buruk sesuatu kejadian adalah ketentuan dariNya. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, apa yang berlaku dalam hidup kita sesungguhnya tidak mempunyai kaitan dengan masalah mata berkedip@bergerak. Kadang-kadang apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan sahaja.

Then, aku try search dari sudut scientific plak...Ternyata ada fakta tentang mata berkedip@bergerak ni...

"nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini."

See...ada benarnya juga fakta ni. Ada beberapa faktor yg disebutkan tu memang kena sedebik kat aku..Untuk menyedapkan hati, mungkin atas faktor2 tu la yg membuatkan kelopak mata atas sebelah kiri aku ni asyik berkedip x berenti...Dan jika dilihat dari sudut positifnya, ku akui (ceewah..mcm lagu Hafiz plak) bahawa perkara ni telah membuatkan aku lebih dekat dengan DIA (Alhamdulillah) dan juga membuatkan aku sentiasa bersedia terhadap apapun yg akan DIA tentukan untuk aku....

Friday, January 4, 2013

Kisah Cuti Krismas

Assalamualaikum...

Malasnye aku nak update blog ni sedangkan aku bukannye bz pun..Tu la, org berblog ko nak gak...tp ko tu tak rajin cam org lain..huhu...Sbnrnya xde cite best pun yg nk diceritakan, tu pasal la aku x update. Tapi weekend n cuti hari krismas baru ni familiku datang.hehehe..seronotnye..Ni la nk cite..

Diorg dtg hari Sabtu coz Abg ipar aku nk g Mesir. Kiranye nk ngantor dia ke KLIA le..Sambil2 tu bercuti le terus kt Putrajaya ni. Diorg dtg kali ni aku x bwk g jln2 pun. Mgkn sebok ngan bdk kecik, masa lebih lama duduk di rumah saje..Belek2 budak kembar ngan sorang lg baby, anak kakakku si Syaima' yg tembam.heheh...

Sabtu diorg sampai dah petang, pas Maghrib terus ke KLIA coz flight Abg ipar kul 9 mlm. Memula malas nak pergi tp bila semua nak pergi, aku dengan ringkasnya capai jubah n tudung terus kuar rumah. Takde mekap2 ye..Punye la tak senonoh. Biar la, bukan ada sape nak pandang pun..heheh..Phone pun aku tak sempat nk charge, maka tak dapat la nak snap2 gmbr kt KLIA tu...Lepas Abg iparku masuk balai berlepas, ktorg pun terus balik la, pe lagi..Sian Syaima' kena tinggal ngan Abi dia..huhu..Takpe, atuk ade..

Malam tu ktorg tak ke mana2. Diaorg pun penat baru sampai kan...Besoknye, Ahad..Ingat nak kuar awal bawak diorg jalan2 tp sorang pun malas nak bersiap. Budak n bapak budak pun dah naik bosan duk umah...Petang tu baru ktorg kuar bawak budak2 g RekaZone@IOI Mall Puchong. Main la Si Asyfan, Ajwad n Aimin (anak adik aku) dengan seronoknye sampai malam....

Pas dah main2..Terus g makan. Adik aku nak belanje..hohoho..syok le dengar org nak belanje. Dia teringin nak makan western food tp nak cari kedai yg ada masakan panas gak coz ada yg tak nak makan western. Cari punye cari En. Meor bawak ke Restoran Bintang kat Equine. Ok la...tp x best sgt la..Lupa gak aku nak snap gambar sb serabut ngan bebdk..huhu..

Lepas makan, balik umah, tido...Besoknye aku keje...Maka tinggal la diorg kt umah buat mcm umah sendiri le..Tp aku keje separuh ari je, amik time off coz nk bawak diorg jln2 lg. Kesian plak diorg dtg memerap kt umah je..Bukan jalan2 pun sbnrnye. Kakak n adik ipar aku ada urusan di bnyk bank. So, tunjukkan diorg jln ke bank je la..Pastu, ke Manjaku Bangi. Ada sale, kakak aku nk beli baju kat anak dia yg tombam tu..hehe...Pastu plak ke Ariani, adik aku kononnye nak beli tudung (kan Ariani ada sale) last2 aku yg dapat.huhuh...

Malam tu  adik aku belanje lagi.Banyak duit dia..heheh...Makan sate ktorg malam tu...

Besoknye, pepagi lagi diorg dah nak balik Pekan. Takut diorg tak lepas balik coz dalam berita Kuantan dah banjir. Sebelum balik breakfast dulu kat Restoran Umai. Pas makan lepak2 jap, amik2 gambar kat tepi tasik tu..Buat kenangan, bukan selalu dtg Putrajaya ni...








Nota kaki : Gambar  x leh upload la..nnti bila dh bole aku upload key...