Masih lg dalam mood raya... Hujung minggu penuh jadual jemputan open house. Yg tak open tp kami saja dtg beraya pun ada.hihi.. Kalau sebulan mcm ni seronok la mokcik boleh gantung periuk belanga...😝
Semalam jemputan open house petang lepas asar. So, nak taknak kena la masak jugak utk makan tengahari kan... Tak boleh jugak nk gantung periuk..hihi..
Bukan nak bercerita pasal open house sbnrnye...tp nk kongsi satu resepi. Mak aku selalu buat ni, aku suka la sb lain skit dari cara masakan yg selalu org buat. Aku pun selalu gak buat style gini bila dah jemu dgn style gulai tempoyak biasa. Sedap...bg aku la...Actually basicnya masih sama dengan cara masak gulai tempoyak yang biasa tu cuma bahan2nya ditumis terlebih dulu mcm masak asam pedas. Itu la kelainannya dan rasanya pun sedikit lain la..
Kebetulan masa nak balik ke Putrajaya selepas seminggu bercuti raya di kampung, sepupu aku bg ikan patin sungai 2 ekor kat mak. So, selaku anak di perantauan mesti la dimanja skit kan...hihi.. Ayah aku siap siangkan dan potongkan sekali seekor ikan patin utk aku bwk balik. Punya la kesian kat anak ni jarang dapat makan ikan patin fresh dr sungai...Alhamdulillah rezeki kami..
Maka semalam terjadilah gulai tumis tempoyak ikan patin...hihi...
Gulai Tumis Tempoyak Ikan Patin
Bahan2:-
Ikan patin - 1 ekor
Tempoyak - 5-6 sudu besar
Bawang besar - sebiji (saiz besar)
Bawang putih - 2 ulas
Lengkuas - 1 inci
Cili padi - 7-8 ulas bergantung pd kepedasan.
Cili merah - 2 biji
Daun kesum
Minyak masak
Minyak masak
Air
Garam
Gula
Cara2:-
Ikan dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, lengkuas, cili padi dan cili merah.(blend pun boleh)
Satukan bahan tumbuk tadi dengan tempoyak.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk yang digaul dengan tempoyak tadi hingga garing dan naik bau.
Tambah air ikut kesesuaian kepekatan kuah. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Setelah hampir mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi bersama daun kesum. Tunggu sehingga betul2 mendidih.
Sedia untuk dihidang.
Senang je kan... Sesekali cuba style baru ok apa... Selamat mencuba! 😉