Monday, July 18, 2016

Gulai Tumis Tempoyak Ikan Patin

Masih lg dalam mood raya... Hujung minggu penuh jadual jemputan open house. Yg tak open tp kami saja dtg beraya pun ada.hihi.. Kalau sebulan mcm ni seronok la mokcik boleh gantung periuk belanga...😝

Semalam jemputan open house petang lepas asar. So, nak taknak kena la masak jugak utk makan tengahari kan... Tak boleh jugak nk gantung periuk..hihi..

Bukan nak bercerita pasal open house sbnrnye...tp nk kongsi satu resepi. Mak aku selalu buat ni, aku suka la sb lain skit dari cara masakan yg selalu org buat. Aku pun selalu gak buat style gini bila dah jemu dgn style gulai tempoyak biasa. Sedap...bg aku la...Actually basicnya masih sama dengan cara masak gulai tempoyak yang biasa tu cuma bahan2nya ditumis terlebih dulu mcm masak asam pedas. Itu la kelainannya dan rasanya pun sedikit lain la..

Kebetulan masa nak balik ke Putrajaya selepas seminggu bercuti raya di kampung, sepupu aku bg ikan patin sungai 2 ekor kat mak. So, selaku anak di perantauan mesti la dimanja skit kan...hihi.. Ayah aku siap siangkan dan potongkan sekali seekor ikan patin utk aku bwk balik. Punya la kesian kat anak ni jarang dapat makan ikan patin fresh dr sungai...Alhamdulillah rezeki kami..

Maka semalam terjadilah gulai tumis tempoyak ikan patin...hihi... 


 Gulai Tumis Tempoyak Ikan Patin

Bahan2:-

Ikan patin - 1 ekor
Tempoyak - 5-6 sudu besar
Bawang besar - sebiji (saiz besar)
Bawang putih - 2 ulas
Lengkuas - 1 inci 
Cili padi - 7-8 ulas bergantung pd kepedasan.    
Cili merah - 2 biji
Daun kesum
Minyak masak
Air
Garam
Gula

Cara2:-

Ikan dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, lengkuas, cili padi dan cili merah.(blend pun boleh)
Satukan bahan tumbuk tadi dengan tempoyak.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk yang digaul dengan tempoyak tadi hingga garing dan naik bau.
Tambah air ikut kesesuaian kepekatan kuah. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Setelah hampir mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi bersama daun kesum. Tunggu sehingga betul2 mendidih. 
Sedia untuk dihidang.

Senang je kan... Sesekali cuba style baru ok apa... Selamat mencuba! 😉


Syawal

Assalamualaikum....

Salam lebaran buat semua. Lama tak jengah sini, asyik bz memanjang. Hari ni dah 13 syawal. Kejap je dah seminggu raya...

Tahun ni giliran raya di Pahang. Suka la kite..hihihi... 3 hari sblm raya dah blk kg. Pastu sambung lg duk kg sampai hari ahad. Haaa...lama duk kg kali ni. Puas mak 😁

Sambutan raya biasa2 je... Menu hari raya pun biasa2 jugak. Mcm tahun2 sudah jugak... Ketupat, rendang sampai 2 jenis kauuu..rendang daging biasa dan satu lg semestinya rendang dendeng yg menjadi menu wajib keluarga kami, lemang (beli jerrr) dan satay (ni pun menu wajib jugak setiap kali raya). Hari raya pertama memang kami tak masak berat2 mcm menu nasi ke...laksa ke...sb biasanya kami akan keluar beraya ke rumah saudara mara lps sembahyang raya. Tapi raya tahun ni silap percaturan...ramai pulak saudara mara yang datang ke rumah kami tak putus2 sampaikan kami tak berpeluang nak keluar...hihi... So, raya pertama kami memang di rumah saja la, melayan tetamu sanak saudara yg datang.


Sempat jugak kami bergambar ramai2. Cuma sorang je yang takde dlm gmbr ni.. Adik aku yg bongsu. Kena kerja di hari raya... Kalau tak memang dah complete kami satu keluarga yg tak besar mana ni..hihi

Gambar kami adik beradik dgn mak ayah dan cucunya


Mak ayah dgn menantu dan cucu2


Gambar kami anak beranak. Kali ni ok skit la tak huru hara sgt gmbrnye..hihi


Okay, freestyle... Selamat Hari Raya!! 😍


Wednesday, May 4, 2016

24.04.2016

Tarikh tu tarikh besday Ajwad.. Tahun ni 6 tahun dah dia tp masih manja dan kuat merajuk!hehe... Kali ni sambut besday dia awal sehari sebab nak sambut ramai2..meriah sikit. Masa besday Asyfan aritu sambut ramai2 kat umah atuk, so turn Ajwad nak jugak la sambut ramai2. Tapi kali ni bukan di rumah atuk sb kami tak balik Pekan. Balik kampung Rawang je... hehe..(actually my MIL dah pindah Rawang bulan Januari lepas). Memang niat di hati nak buat pulut kuning dengan rendang dendeng je utk jamu diorg tp makanan sponsor banyak pulak. hehe.. Siap dengan kek besday lg... Rezeki Ajwad...Alhamdulillah....Moga Pakcik dan Mama La yang bnyk sponsor budak2 ni juga dimurahkan lagi rezekinya..Aminnn..


Kek besday Ajwad, walaupun simple tp besar maknanya

Gigih ibu buat pulut kuning ni cantik2...haahaha
Penuh gaya...

Ajwad dikelilingi aweks..hihi.. Si tukang sibuk Asyfan takde masa ni, pegi surau solat Maghrib
Asyfan dah balik dari surau, potong pulut kuning pulak..

Masa ni kembar pulak tak ada...

Mereka ni je la yang selalu ada pun utk sambut besday budak2 ni kat sini...Tu pun dah rasa ramai sangat.hehe...Kalo takde diorg tak meriah la.. Ni la kawan bermain dan kawan bergaduh. Dah besar nanti mesti masing2 malu2...hehe...

Berakhirnya besday Ajwad dengan kemeriahan dan kenangan bagi dia. Moga dia ingat setiap insan yang meraikan dia, yang sayang dia...

Wednesday, March 30, 2016

Daging Dendeng a.k.a Rendang Dendeng

Assalamualaikum semua....

Hari ni Kak Ton nak kongsi satu resepi yang best la... Best sebab first time hakak bawak pegi ofis terus ada orang order tau. Siap dah booking order untuk bulan puasa dan raya nanti.hihi...

Ni dia............................................... Daging Dendeng.....! Hihihi....


 Ada sesetengah orang panggil rendang dendeng...Mana2 la..sama je.... Nak buat dia memang la renyah skit sebab kena tumbuk la..perap la...goreng la...tumis la...haaaa....banyak step. Kalau malas memang tak jadi la...tapi bahan2 nya simple je dan mudah didapati....hihihi

Ni resepi ikut cara hakak ye Dik Non...


Daging Dendeng @ Rendang Dendeng


Bahan2 :
Daging 1kg
Kicap manis
Sos tiram
Asam jawa 
Garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar :
Serai 2 batang
Bawang besar 4-5 buku
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 inci
Cili kering 10 - 15 tangkai (ikut kesesuaian. Kalau nak pedas banyakkan cili kering, kalau tak suka pedas kurangkan)

Cara2 :
Rebus daging sampai empuk. Daging tak perlu dipotong lagi sebelum rebus. Air rebusan daging simpan tau, nanti masukkan dalam tumisan. Setelah daging empuk, baru potong nipis2, kemudian gaulkan dengan kicap dan sos tiram. Perap selama beberapa minit. Nak lama pun boleh... Lagi lama lagi sedap sebab perapan akan lebih sebati dengan daging.

Setelah itu, goreng daging dalam minyak yang banyak. Jangan sampai hangus ye... Selesai menggoreng, tumbuk daging sikit2 je, jangan sampai lumat pulak. Ketepikan.

Panaskan 3 senduk minyak masak. Guna minyak lebihan goreng daging tadi pun boleh. Lebih afdal sebab tak membazir. hihihi.... Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan air rebusan daging tadi ikut kesesuaian ye... Masukkan air asam jawa dan kicap manis. Perasakan dengan garam. Tak perlu letak garam banyak sangat sebab bila dah masukkan daging nanti rasanya akan lebih masin. Setelah mendidih  baru masukkan daging yang telah ditumbuk tadi. Gaul rata. Bila dah nampak agak kering tutup api dapur. Siap.... 

Gambar ehsan daripada kawan yang order tu... Dia order sekilo. Bawak balik rumah mak dia habis licin...hihihi


Actually, daging @ rendang dendeng ni memang menjadi hidangan wajib familyku setiap kali hari raya. Kalau buat rendang biasa pun mesti bapakku akan order rendang dendeng ni jugak.hihihi...
Ia sedap dimakan dengan nasi panas, nasi impit, ketupat nasi, ketupat palas, lemang dan juga roti. Korang boleh la cuba buat raya nanti. Nak buat hari2 biasa pun boleh, takde hal... Selamat mencuba ye.....:-)

 


Happy Birthday Meor Asyfan!

Tanggal 24 Mac 2016, Asyfan cukup 8 tahun. Dah besar anak bujang ibu. Moga rahmat Allah sentiasa menemani perjalanan hidupmu anak.

Tahun ni tak sangka pulak Asyfan dapat sambut birthday kat kampung. Dek kerana atuk operate (bengkak prostat), maka kami 5 beranak (tak termasuk abahnya) stay lama kat kampung. Budak2 pun tak sekolah 3 hari. Mujur cikgu memahami tapi kena gak bagi surat ketidak hadiran...  Dapat la menjaga bapakku selama seminggu. Alhamdulillah....

Mulanya tak berniat pun sambut birthday Asyfan, tapi dek kerana kesian dan Pak Su dia (my little bro) pun ada bg duit suh beli apa2 utk buat makan2 sempena birthdaynya, maka ibu pun buat la mee kari je malam tu... Pak Su beli KFC dan Mak Long (my elder sister) beli kek. Cukup lah, ada jugak sambutan untuk dia. Puas juga hati dia. Cuma malam tu tak sambut dengan abah la coz abah hari Sabtu baru balik Pekan ambil kami.

Tengok, dah besar sangat dah budak ni.... Walaupun kek takde tulis apa2 tp Asyfan ok je. Mujur dia bukan jenis yang demand sangat, memadailah janji ada...


Ini saja menu kami malam tu. Puas makan. Kek tu, walaupun takde tulis2 dan nampak tak grand tp sedap sangat. Terima kasih Mak Long dan Pak Su yg membelanja...

*Hari Sabtu, abah balik. Mama (my younger sister) pulak belanja sate...tp takde gambar. TQ mama....

Hari Ahad, maka berangkatlah kami anak beranak pulang ke Putrajaya.. Sedihnye... Tak puas seminggu di Pekan...huhuhu.... Harap Atuk cepat sembuh dan sihat seperti biasa....


Wednesday, March 16, 2016

Birthday celebration with Atuk

Hahaha... Tajuk tak menahan!

Alkisahnye.... my sister Nita a.k.a mama kepada budak ber4 ni ada exam jabatan di KBS Putrajaya ni... Maka datanglah dia anak beranak membawa mak dan ayahku sekali. Sambil menyelam minum air kataya...alang2 dah datang Putrajaya, menginap la terus. Lama juga diorg di sini, dalam 4 hari. Exam sehari je, lagi 3 hari beraktiviti le kita...hihi... tapi kali ni lebih kepada "aktiviti indoor" je. Masak2, makan2, bercerita2, gosip2, lepak2, rileks2 dan yang best celebrate birthday kembar dan atuk...

Kami celebrate di rumah saja. Lebih seronok. Masak simple2 dan beli kek. Cukup. Tq pada mama yang sponsor kek tu..hehe.. Kek sedap, makan sedap dan kami gembira lebih2 lg bila tgk atuk, wan dan cucu2 gembira...cuma waktu tu  tak cukup korum je, kak long takde, tak dapat datang coz baru saja terlibat kemalangan. Kereta total lost. Kesian dia....

Gambar pun tak snap bnyk. Masing2 sibuk nak makan je dah time tu...Maklum le, menu sedap...hihi..
Apapun, layankan je la gmbr mana yg ada....



Tengok la tu...Nama Adnin salah eja. Adnin jadi Adnim.huhu...Tapi kali ni bukan salah ibu ye... Apa2 lah anak....janji kamu gembira, atuk gembira.


Malangnya time ni Adnin tidur... So, Adhwa berdua dengan atuk je la yang tiup lilin. Berganti budak berdua ni..Tahun lepas Adnin yg tiap lilin berdua dengan atuk sebab Adhwa menangis2 taknak tiup lilin. Tahun ni, Adnin pulak yg tak dapat join sebab tidur. Harap2 tahun depan dapat la diorg bertiga bersama2 tiup lilin...



 Ni tahun lepas punya gambar.. Adnin dengan atuk.... Tengok la muka budak excited nak potong kek. Concentrate abis! hehe...

"Selamat Hari Lahir utk kamu bertiga.... Moga panjang umur atuk utk terus melihat cucu2 membasar. Moga kalian sentiasa dlm peliharaan dan lindungan-Nya....Love you all so much!!


Twin's birthday

Actually, belated birthday... Dah hampir 2 bulan berlalu tapi baru sekarang ibu nak cerita. huhu.. Maaf anak...

20 Januari... Genap 4 tahun si kembar. Sama tarikh dengan birthday Atuk. Insyaallah, selagi dipanjangkan umur dan diberi peluang oleh-Nya, dapat la sambut birthday sama2 dengan Atuk tiap2 tahun, walaupun celebrationnya terlepas tarikh..hihi...

Tahun ni ibu beria sikit. First time kembar nak celebrate birthday kat taska. Tahun lepas tak dapat celebrate sebab kembar demam lama. Seminggu tak pegi taska. Tempah kek frozen sebab kembar suka frozen. Adnin mulanya tak nak potong kek kat sekolah katanya..Punya la kedekut tak bagi kawan makan kek frozen dia. Tapi akhirnya dia akur juga...






Ni gambar kek frozen kembar. Yang tak bestnye, ibu lupa umur anak...huhuh.. Sepatutnya kembar dah 4 tahun, tp ibu bgtau org buat kek tu umur kembar 3 tahun. Teruk betul ibu. Umur anak pun lupa. Itu baru 4 org anak, kalau ramai....tak tau la...huhu..






 
 

Gambar ihsan dari cikgu diorg. Tgk la siap suap-suapan lagi..hihi... Selain makan kek, ibu ada goreng bihun utk semua budak kelas kembar. Dan tak lupa goodies utk kwn2 ye... harap2 kembar enjoy la..
 Cuma ibu sedikit sedih la sebab tak celebrate pun kat rumah. Nak tunggu celebrate dengan atuk punya pasal. Nanti kita cite pasal celebration dgn atuk kat entry lain ye... Btw, HAPPY BIRTHDAY MY TWIN! Moga jadi anak solehah..Aminnn..