Tuesday, November 17, 2015

Oh...peperiksaan....

Result UPSR dah keluar. Maka ramai la mak2 dan bapak2 update kat fb dan ig memasing tentang kecemerlangan anak2 diorg. Tahniah pada yg cemerlang, 5A,4A ke... Itu reward atas kerajinan dan usaha diorg. Tahniah juga buat semua yg dpt sikit je A atau tak dpt A langsung. Tak bermakna diorg tak berusaha atau malas atau tak pandai, cuma tak ada rezeki. Nasib tidak pada mereka kali ini. Harap janganlah ada yg memandang rendah pd mereka yg gagal. Perjalanan diorg masih jauh. Banyak yang akan dan bakal terjadi. Tak semestinye gagal sekarang, diorg tak boleh berjaya di masa depan. Silap2 diorg akan lebih berjaya dr bdk2 yg dpt 5A skrg. 

Ok, rasa macam pakar motivasi plak. Bukan apa,  bercakap berdasarkan pengalaman sendiri....

Sedih bila sesetengah org asyik membandingkan anak2. Yang ni pandai, yang ni tak pandai. Siap berbangga lagi. Berbangga tak salah. Memang setiap parent akan rasa bangga kalo ada anak yg cerdik pandai, cemerlang...tp rasanya tak perlu kot nak menunjuk sgt. Perjalanan ank2 tu masih jauh. Bnyk benda lagi yg akan mereka tempoh. So, tak perlu la show off bagai mcm anak dpt anugerah dekan. Anak yg dpt anugerah dekan tu pun belum tentu lagi terjamin kehidupan yg bagus Selepas grad. Tak percaya? Aku dah mengalaminya... Bercakap berdasarkan pengalaman.

Ada tu, siap bertanya lagi, anak awak dpt berapa A? OMG! Budak baru darjah 1 kot...dah tnye mcm budak tu nak amik UPSR. Sampai tahap tu punya berbangga anak dia dpt score A utk subject UPSR. Sekali lagi nak tekankan, budak baru darjah 1 Okeh! Huhuhu.... Tu belum lg ada yang printscreen result exam anak then upload kat fb, ig dan whatsapp. Ermmm.. Bersangka baik je la.. Suka sgt la tu, sb masa dia belajar dulu dia tak sepandai tu. Tak pernah merasa dpt markah yg anak dia dapat. Tak pernah merasa naik pentas terima hadiah cemerlang. Sebab tu la bila anak dia dpt, makpak yg melebih...

Kesimpulannya, ( cheewah!! Mcm buat karangan bm plk) nak berbangga biar bertempat. Setiap ibubapa memang berhak merasa bangga dengan pencapaian cemerlang anak2 mereka, tapi sebelum buat atau bercakap sesuatu eloklah berfikir dulu. Kot suka sgt anak dapat no 1 @ 5A dan rasa nak berkongsi rasa bangga dan gembira tu, kongsilah dengan org rapat dan terdekat sahaja. Tak payah nak bgtau satu Dunia... Nikmat rezeki semua Allah punya. Kalau Dia nak tarik, sekelip mata je. Jangan sampai satu masa nnti mak2 dan pak2 yg bangga sgt td terdiam tak bersuara bila anak yg dibanggakan sgt tu tak cemerlang pulak... Bukan mendoakan yg tak baik tau...tp bercakap sekadar peringatan utk diri sendiri dan org lain juga (Kalau boleh diambil iktibar). Kalau boleh nak semua anak2 kita berjaya. Bukan saja di Dunia, tp berjaya juga di sana nnti. 

Mesti org terfikir... Eleh...dia ckp gitu mesti sb sb anak dia tak cemerlang. Sb anak dia tak pandai. Sebab tu dia tak boleh nak bangga, tak boleh nk upload status dan gambar kecemerlangan anak dia. Jealous lettew! Oh..sama sekali tidak. Aku peduli apa dengan anak org cemerlang ke tidak. Apapun result yg anak aku dapat, bg aku itu dah cukup. Aku tahu takat mana kemampuan dia. Masih terlalu awal utk aku mengharap yg tinggi2 dari dia. Bukan bermakna anak aku tak cemerlang. Kalau cakap kat sini nnti kang org kata aku menunjuk pulak..hehe...kan dah jadi kata dulang paku serpih pulak.. 

Apa yang aku tulis ni cuma apa yang aku terfikirkan bila melihat ramai sgt parents yg update result exam anak diaorg kat fb dan ig (tak kisah la result UPSR @ exam akhir tahun). Pernah ke diorg terfikir kwn2 @ sedara mara yg melihat status tu, yg anak2 diorg tak cemerlang, dpt result biasa2 je...apa perasaan diorg? Boleh Jamin ke parents yg update pasal kecemerlangan anak diorg ni takde niat apa2. Just nak share kegembiraan sahaja...boleh Jamin ke??? Paling tak pun, mesti ada jugak terselit rasa bangga dan perasaan Ingin menunjuk2... Percayalah!

Apapun..sama2lah kita berdoa utk kecemerlangan anak2 kita. Setiap mereka adalah cemerlang. Cuma kita tak tahu di mana rezeki mereka. Mungkin mereka tak cemerlang dlm pelajaran tp cemerlang budi pekertinya. Mungkin mereka tak cemerlang dlm akademik tp cemerlang dlm agama. Allahua'lam.... So...please...jgn pandang rendah anak org lain dan Jangan terlalu bangga dgn anak kita Okeh! Sedang2 saja..yg penting bersyukur. Peace yo!

No comments:

Post a Comment