Wednesday, March 30, 2016

Daging Dendeng a.k.a Rendang Dendeng

Assalamualaikum semua....

Hari ni Kak Ton nak kongsi satu resepi yang best la... Best sebab first time hakak bawak pegi ofis terus ada orang order tau. Siap dah booking order untuk bulan puasa dan raya nanti.hihi...

Ni dia............................................... Daging Dendeng.....! Hihihi....


 Ada sesetengah orang panggil rendang dendeng...Mana2 la..sama je.... Nak buat dia memang la renyah skit sebab kena tumbuk la..perap la...goreng la...tumis la...haaaa....banyak step. Kalau malas memang tak jadi la...tapi bahan2 nya simple je dan mudah didapati....hihihi

Ni resepi ikut cara hakak ye Dik Non...


Daging Dendeng @ Rendang Dendeng


Bahan2 :
Daging 1kg
Kicap manis
Sos tiram
Asam jawa 
Garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar :
Serai 2 batang
Bawang besar 4-5 buku
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 inci
Cili kering 10 - 15 tangkai (ikut kesesuaian. Kalau nak pedas banyakkan cili kering, kalau tak suka pedas kurangkan)

Cara2 :
Rebus daging sampai empuk. Daging tak perlu dipotong lagi sebelum rebus. Air rebusan daging simpan tau, nanti masukkan dalam tumisan. Setelah daging empuk, baru potong nipis2, kemudian gaulkan dengan kicap dan sos tiram. Perap selama beberapa minit. Nak lama pun boleh... Lagi lama lagi sedap sebab perapan akan lebih sebati dengan daging.

Setelah itu, goreng daging dalam minyak yang banyak. Jangan sampai hangus ye... Selesai menggoreng, tumbuk daging sikit2 je, jangan sampai lumat pulak. Ketepikan.

Panaskan 3 senduk minyak masak. Guna minyak lebihan goreng daging tadi pun boleh. Lebih afdal sebab tak membazir. hihihi.... Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan air rebusan daging tadi ikut kesesuaian ye... Masukkan air asam jawa dan kicap manis. Perasakan dengan garam. Tak perlu letak garam banyak sangat sebab bila dah masukkan daging nanti rasanya akan lebih masin. Setelah mendidih  baru masukkan daging yang telah ditumbuk tadi. Gaul rata. Bila dah nampak agak kering tutup api dapur. Siap.... 

Gambar ehsan daripada kawan yang order tu... Dia order sekilo. Bawak balik rumah mak dia habis licin...hihihi


Actually, daging @ rendang dendeng ni memang menjadi hidangan wajib familyku setiap kali hari raya. Kalau buat rendang biasa pun mesti bapakku akan order rendang dendeng ni jugak.hihihi...
Ia sedap dimakan dengan nasi panas, nasi impit, ketupat nasi, ketupat palas, lemang dan juga roti. Korang boleh la cuba buat raya nanti. Nak buat hari2 biasa pun boleh, takde hal... Selamat mencuba ye.....:-)

 


Happy Birthday Meor Asyfan!

Tanggal 24 Mac 2016, Asyfan cukup 8 tahun. Dah besar anak bujang ibu. Moga rahmat Allah sentiasa menemani perjalanan hidupmu anak.

Tahun ni tak sangka pulak Asyfan dapat sambut birthday kat kampung. Dek kerana atuk operate (bengkak prostat), maka kami 5 beranak (tak termasuk abahnya) stay lama kat kampung. Budak2 pun tak sekolah 3 hari. Mujur cikgu memahami tapi kena gak bagi surat ketidak hadiran...  Dapat la menjaga bapakku selama seminggu. Alhamdulillah....

Mulanya tak berniat pun sambut birthday Asyfan, tapi dek kerana kesian dan Pak Su dia (my little bro) pun ada bg duit suh beli apa2 utk buat makan2 sempena birthdaynya, maka ibu pun buat la mee kari je malam tu... Pak Su beli KFC dan Mak Long (my elder sister) beli kek. Cukup lah, ada jugak sambutan untuk dia. Puas juga hati dia. Cuma malam tu tak sambut dengan abah la coz abah hari Sabtu baru balik Pekan ambil kami.

Tengok, dah besar sangat dah budak ni.... Walaupun kek takde tulis apa2 tp Asyfan ok je. Mujur dia bukan jenis yang demand sangat, memadailah janji ada...


Ini saja menu kami malam tu. Puas makan. Kek tu, walaupun takde tulis2 dan nampak tak grand tp sedap sangat. Terima kasih Mak Long dan Pak Su yg membelanja...

*Hari Sabtu, abah balik. Mama (my younger sister) pulak belanja sate...tp takde gambar. TQ mama....

Hari Ahad, maka berangkatlah kami anak beranak pulang ke Putrajaya.. Sedihnye... Tak puas seminggu di Pekan...huhuhu.... Harap Atuk cepat sembuh dan sihat seperti biasa....


Wednesday, March 16, 2016

Birthday celebration with Atuk

Hahaha... Tajuk tak menahan!

Alkisahnye.... my sister Nita a.k.a mama kepada budak ber4 ni ada exam jabatan di KBS Putrajaya ni... Maka datanglah dia anak beranak membawa mak dan ayahku sekali. Sambil menyelam minum air kataya...alang2 dah datang Putrajaya, menginap la terus. Lama juga diorg di sini, dalam 4 hari. Exam sehari je, lagi 3 hari beraktiviti le kita...hihi... tapi kali ni lebih kepada "aktiviti indoor" je. Masak2, makan2, bercerita2, gosip2, lepak2, rileks2 dan yang best celebrate birthday kembar dan atuk...

Kami celebrate di rumah saja. Lebih seronok. Masak simple2 dan beli kek. Cukup. Tq pada mama yang sponsor kek tu..hehe.. Kek sedap, makan sedap dan kami gembira lebih2 lg bila tgk atuk, wan dan cucu2 gembira...cuma waktu tu  tak cukup korum je, kak long takde, tak dapat datang coz baru saja terlibat kemalangan. Kereta total lost. Kesian dia....

Gambar pun tak snap bnyk. Masing2 sibuk nak makan je dah time tu...Maklum le, menu sedap...hihi..
Apapun, layankan je la gmbr mana yg ada....



Tengok la tu...Nama Adnin salah eja. Adnin jadi Adnim.huhu...Tapi kali ni bukan salah ibu ye... Apa2 lah anak....janji kamu gembira, atuk gembira.


Malangnya time ni Adnin tidur... So, Adhwa berdua dengan atuk je la yang tiup lilin. Berganti budak berdua ni..Tahun lepas Adnin yg tiap lilin berdua dengan atuk sebab Adhwa menangis2 taknak tiup lilin. Tahun ni, Adnin pulak yg tak dapat join sebab tidur. Harap2 tahun depan dapat la diorg bertiga bersama2 tiup lilin...



 Ni tahun lepas punya gambar.. Adnin dengan atuk.... Tengok la muka budak excited nak potong kek. Concentrate abis! hehe...

"Selamat Hari Lahir utk kamu bertiga.... Moga panjang umur atuk utk terus melihat cucu2 membasar. Moga kalian sentiasa dlm peliharaan dan lindungan-Nya....Love you all so much!!


Twin's birthday

Actually, belated birthday... Dah hampir 2 bulan berlalu tapi baru sekarang ibu nak cerita. huhu.. Maaf anak...

20 Januari... Genap 4 tahun si kembar. Sama tarikh dengan birthday Atuk. Insyaallah, selagi dipanjangkan umur dan diberi peluang oleh-Nya, dapat la sambut birthday sama2 dengan Atuk tiap2 tahun, walaupun celebrationnya terlepas tarikh..hihi...

Tahun ni ibu beria sikit. First time kembar nak celebrate birthday kat taska. Tahun lepas tak dapat celebrate sebab kembar demam lama. Seminggu tak pegi taska. Tempah kek frozen sebab kembar suka frozen. Adnin mulanya tak nak potong kek kat sekolah katanya..Punya la kedekut tak bagi kawan makan kek frozen dia. Tapi akhirnya dia akur juga...






Ni gambar kek frozen kembar. Yang tak bestnye, ibu lupa umur anak...huhuh.. Sepatutnya kembar dah 4 tahun, tp ibu bgtau org buat kek tu umur kembar 3 tahun. Teruk betul ibu. Umur anak pun lupa. Itu baru 4 org anak, kalau ramai....tak tau la...huhu..






 
 

Gambar ihsan dari cikgu diorg. Tgk la siap suap-suapan lagi..hihi... Selain makan kek, ibu ada goreng bihun utk semua budak kelas kembar. Dan tak lupa goodies utk kwn2 ye... harap2 kembar enjoy la..
 Cuma ibu sedikit sedih la sebab tak celebrate pun kat rumah. Nak tunggu celebrate dengan atuk punya pasal. Nanti kita cite pasal celebration dgn atuk kat entry lain ye... Btw, HAPPY BIRTHDAY MY TWIN! Moga jadi anak solehah..Aminnn..

Cuti sekolah....


Cuti sekolah kali ni, tak hantar budak berdua si Asyfan dan Ajwad ke rumah tok diorg. Baik ke Pekan or ke Rawang. Seminggu je pun..tak lama. So, kena bawak budak pegi opis la... Berbahagi dengan abahnya, kejap dia jaga, kejap ibu jaga. Fair la kan... Biasa la, time2 cuti sekolah ni, ramai je yang bawak anak pegi opis. Abis tu nak tinggal ngan siapa ye dok? Bos2 pun kena la paham. Nak bayar pengasuh utk seminggu je mau dalam ratus2 gak. Bagi makpak yang ada2 tu boleh la hantar anak ke nursery @ pengasuh. Bagi yg macam kami ni....yg tak berapa nak ada, terpaksa la... nak hantar balik kg pun rasa tak berbaloi sebab seminggu je. Hantar minggu ni, ujung minggu dah nak kena amik. Kos gak tu..huhu... Skrg sume kena fikir kos...ongkos...Nak meneruskan kelangsungan hidup di bandar bukan senang. Kalau tak beringat, alamat tak makan la anak2. Tu belum cakap pasal bil2,hutang2 dan pelbagai keperluan harian lain... lagipun, terasa malu jugak nak hantar anak kat org tua selalu. Nanti dikata "gunakan" orgtua utk kesenangan sendiri pulak. Cuti sekolah je, terus hantar balik kg...dah toknenek pulak nak kena menjaga cucu...Tapi....kalau cuti sekolah panjang nanti, memang aku takde choice la. Terpaksa gak hantar balik kampung.huhu..takkan la nak bawak pegi opis hari2.. Nak tinggal kat rumah nnti org kata bahaya pulak tinggal anak. Kalau jadi apa2 susah...Begitu la dilema ibu2 berkerjaya ni...huhu...

Apapun.. happy school holiday kepada semua anak2..adik2..dan cikgu2...(walaupun cikgu tak cuti sgt pun sbnrnye). Yang pergi bercuti tu, enjoy your holiday, yang duk rumah je...pun, enjoy your day. Duduk rumah baik2...