Wednesday, June 24, 2015

Nasi Ganja

Haaaa.... takut kan dengar nama dia...Masa buat nasi ni untuk iftar hari ke 2 haritu, konon nak menunjuk kat orang kampung yang aku masak lain dari yang lain. Whatsapp la nak cerita kat diaorg yang aku masak nasi ganja untuk berbuka. Sekali adik, kakak ngan sepupu semua ketawa. Macam2 diaorg komen. Kelakar semuanya..Tergelak aje aku membaca komen diorg. Adik aku siap cakap jaga2 nanti masuk paper Harian Metro muka depan, sebuah keluarga anak beranak semua kena tangkap masuk penjara sebab makan dadah. Hahaha...punye la tinggi imaginasi... Aku balas nanti aku rasuah polis tu dgn nasi ganja, mesti dia tak tangkap kami sebab dia pun ketagih. haha...Ntah apa2 la mengarut kitaorg petang tu, sampai bawa ke selepas berbuka. Masih lagi duk bergurau pasal nasi ganja. Punya la kuat pengaruh nasi ganja ni..hahaha...

Actually, aku dapat resepi nasi ganja ni dari sorang kakak kat FB. Tengok resepi macam mudah je, tu yang try buat. Aku kalau yang senang dan mudah ni suka la nak try, kalau tak....tengok je la resepi tu sambil telan air liur. hahaha...Korang boleh cari nama Ida Shahida @ Ida Shahida II. Dia banyak kongsi resepi2 masakan dan kuih muih kat page dia. Seronok tengok. Dia pun jenis tak kedekut ilmu...

Dalam entri lepas aku cakap nak kongsi resepi nasi ganja kan..So...hari ni kukotakan janjiku..hehe..


Resepi : Nasi Ganja
Sumber : Ida Shahida @ Ida Shahida II (Facebook)


 Bahan2nya :-

4 cawan beras
6 cawan air (kalau beras basmathi - 3 cawan = 4 1/2 cawan air) 
4 ulas bawang putih (dimayang @ blend)*
8 ulas bawang merah (dimayang @ blend)*
3 batang kulit kayu manis*
3 ulas bunga lawang*
5 ulas biji pelaga*
3 ulas bunga cengkih*
Sebungkus kecil rempah sup adabi (serbuk)*
Sos cili 
Minyak sapi
Minyak masak 
Air secukupnya
Pewarna kuning 
Garam
Perisa tambahan



Cara2nya: -

Tumis bahan2 bertanda (*) dengan sedikit minyak dan minyak sapi (agak2 dalam 1/4 cawan). Bila dah kekuningan, masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan, kemudian titikkan sedikit pewarna kuning. Kacau sedikit kemudian masukkan 6 sudu besar sos cili. Tambah garam dan perisa tambahan. Setelah itu, kacau lagi kemudian tutup periuk dan masaklah seperti biasa.



Dan aku... macam biasa la. Tak ikut pun sukatan yang diberikan tu sebenarnya..hihi...Aku ikut suka hati aku je, janji bahan2 tu semua ada..

Nasi ganja ni sedap dimakan dengan kari, dalca, ayam masak merah ataupun daging masak hitam. Hari tu aku makan dengan kari ayam dan sambal tumis telur puyuh. Pun sedap.....







Selamat mencuba!








Iftar hari ke 6 : Ayam Goreng Kicap Madu

Hari ni dah hari ke 7 kita puasa ek...cepat je masa berlalu kan... Skrg masih lagi bertahan tak ke bazar ramadhan.hehe.. Semalam, kita berbuka biasa2 je awak... Dah takde nasik warna warni..hihi.. sampai Adhwa tanya, "nasik pink takde ke ibu?" huhu..Haru anak aku..

Tapi kan...semalam....kita buat resepi baru. Ayam goreng kicap madu. Sedap jugak rasa dia...(puji diri sendiri..hihih) Ada sikit2 rasa macam paprik tau..Nanti aku bagi resepi ye...Selain tu ada juga Ikan Siakap Masak Taucu dan sayur campur. Tu je menu berbuka kami semalam... Tu pun sedap juga..Yang penting anak2 suka dan makan banyak. Puas hati ibu masak!





Ikan siakap masak taucu ni, aku buat macam sup, banyakkan kuahnya sebab bedak2 suka makan berkuah. Adhwa ngan Adnin suka hirup sup...So, masak kena ikur selera anak2 hokeh...


Ini je juadah berbuka kami semalam....




Di samping tu ada la sedikit kuih dan air. Semalam buat air teh 'o' ais madu + blackcurrent. Sedap oooo....tapi takde gambar. Sorry....




 Resepi : Ayam Goreng Kicap Madu


 


Bahan2nya: -

Ayam bahagian dada (dipotong kecil2)
Bawang besar (dihiris bulat2)
Bawang putih (dititik)
Halia (dititik)
Serai (dititik)
Lada kisar @ cili boh
Cili merah (untuk hiasan)
Madu
Kicap pekat @ manis
Sos tiram
Garam secukup rasa
Bijan (optional)
Daun limau purut

Cara2nya: -

1) Goreng ayam terlebih dahulu dengan minyak yang banyak. Dah masak, angkat dan ketepikan.

2) Tumis sedikit lada kisar @ cili boh. Lada kisar cuma sesudu kecil sahaja lebih kurang.

3) Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. 

4) Setelah agak garing, masukkan kicap pekat, sos tiram dan madu. Tambah sedikit air supaya tidak hangus.

5) Perasakan dengan garam dan sedikit bahan perisa.

6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan daun limau purut. Gaul sebati dan biarkan sampai agak kering.

7) Setelah masak, angkat dan taburkan cili merah yang telah dihiris halus dan bijan.

8) Siap untuk hidangan

P/s : Bahan2 semua tak ada sukatan sebab kita tak tau nak sukat macam mana...hihi.. Selalu kalau kita masak, main campak2 n agak2 ikut sedap rasa je. So, korang pun agak2 jugak la ye banyak mana nak guna bahan2 tu...I am sorry...:-)

Akhir kata, selamat mencuba....














Tuesday, June 23, 2015

Masih lg tentang puasa...

Alhamdulillah...dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Masih lagi dpt meneruskan ibadah puasa dengan baik. Tp bab "say no to Bazar Ramadhan" tu, dah terpesong skit sb hari ahad baru ni temankan my SIL yg nak pegi Bazar. Tp kami cuma beli air dan murtabak je tupun pasal budak2 nak makan murtabak. Kira ok la tak membazir.hehe Kannn..hihi..

Weekend 2 hari kami anak beranak di setapak, rumah in law. So, takde la masak2 sebab org yg masak. Aku just tolong2 je..hehe.. Bila dah start weekdays ni, mula la kembali aktiviti masak memasakku.. 

Semalam, dari opis lg duk fikir nak masak menu apa utk berbuka nnti. Fikir punya fikir, tetiba plk rasa nak buat nasik lemak tp taknak yang biasa. So, start Google la... Jumpa la resepi nasi lemak pandan @ nasi lemak hijau. Banyak blog yg kongsi resepi tu, so korang kalo nak buat boleh la Google je (macam aku..hihi) Aku amik resepi dari Che mat gebu @dapurtanpasempadan (klik sini. Senang jugak nak membuatnya....kebetulan ibu mertuaku ada bekalkan sambal tumis sotong kering. Memang kena sgtlah. Aku cuma buat tumis ikan bilis dgn petai then sediakn telur rebus dan timur. Dah siap...


Aku bagi nama nasi le"mak kau hijau" sempena trending "mak kau hijau" yg jd viral kat dlm fb tu..hihi. Bdk2 suka sgt dgn nasi ni. Mgkn lain dr yg selalu diorg makan kot..hihi.. Asyfan ngan Ajwad makan bertambah2. Sampai tinggal korek2 je utk kembar. Sian kembar... Apa2 ibu happy la bila masakan ibu jd kegemaran anak2. Senyum dalam hati je.... Bertambah azam ibu nak lebih rajin mencuba menu baru kalo mcm ni..hihi..




Lupa plk, ada ayam goreng berempah. Nama je la ayam goreng berempah tapi takde la rempah mana sgt sb tak cukup bahan. Aku main letak je bahan apa pun..hihi...tp rasa not bad la..sedap juga walaupun takde pun rasa ayam berempah yg selalu beli ngan nasik kukus tu..hihi.. Semua licin.. Sonang hati den.. Adnin kata, esok ibu buat nasi warna pink pulak ye...haha... Sebabnya, sebelum ni, hari jumaat lepas aku buat nasi ganja untuk berbuka. Dalam entri lepas aku ada ckp nak masak kari ayam dgn sambal tumis telur puyuh kan...emmm...makan dgn nasi ganja la. Nanti aku kongsi resepi dalam entri khas ye.. Nasi tu warna kuning, semalam nasi warna hijau, sb tu Adnin suruh masak nasi warna pink pulak nnti..hihi... Haru...

Amacam?? Nampak sedap tak? hihi...

Hari yang sama aku buat kuih cek mek molek... Alhamdulillah...menjadi wehh..walaupun baru 1st time buat..Cuma tak lembut mcm yg biasa beli tu..Terlebih tepung agaknya.. Rasanya sedap je..hehe..

Begini la rupa kuih cek mek molekku setelah digoreng..hihi



Friday, June 19, 2015

Selamat berpuasa....

Hari ni dah hari ke 2 kita berpuasa bagi tahun 1436h ini. Tahun ni azam nak "say no to bazar ramadhan"..hehe..harap2 berjaya la sampai ke hujung Ramadhan. Sepanjang bulan ni, rasanya akan banyak update pasal juadah berbuka puasa je la.. Adat la kan...hihi..

Semalam, 1st day puasa, menu simple je. Ingatkan tak sempat nak masak banyak almaklum la, I balik kerja pukul 5.30pm. Sampai rumah baru nak solat Asar (teruk kan..hihi). Dalam pada kelam kabut nak siapkan juadah berbuka, akhirnya siap 3 - 4 juadah.hahaha...


Taraaaa...ni la dia juadah yang sempat ibu masak semalam. Yang penting ada asam pedas untuk dia.haha.. Ajwad org paling tak sabar nak makan sb lauk kesukaan dia. Yg lain2 tu biasa je. Udang tumis salut telur, sayur sawi goreng, telur dadar dan ikan pekasam (Takleh tinggal).


Hari ni punya juadah belum tau lagi. Rasa nak masak kari ayam dengan telur puyuh tumis pedas. Mudah2an menjadi le.. Esok I update hokeh..hihi..

Lunch hour tadi balik rumah sekejap. Sempat la buat kuih cek mek molek. Tak tau apa rasa tapi ok la kan, nak "say no to bazar ramadhan" katanya...hehe




Yang ni tak goreng lagi. Simpan dalam peti sejuk dulu, balik kerja nanti baru goreng. Best makan panas2 walaupun tak tau apa rasanya..haha

Ok, jam pun dah pukul 5.30pm. Nak balik masak pulak....Bye...