Wednesday, June 24, 2015

Nasi Ganja

Haaaa.... takut kan dengar nama dia...Masa buat nasi ni untuk iftar hari ke 2 haritu, konon nak menunjuk kat orang kampung yang aku masak lain dari yang lain. Whatsapp la nak cerita kat diaorg yang aku masak nasi ganja untuk berbuka. Sekali adik, kakak ngan sepupu semua ketawa. Macam2 diaorg komen. Kelakar semuanya..Tergelak aje aku membaca komen diorg. Adik aku siap cakap jaga2 nanti masuk paper Harian Metro muka depan, sebuah keluarga anak beranak semua kena tangkap masuk penjara sebab makan dadah. Hahaha...punye la tinggi imaginasi... Aku balas nanti aku rasuah polis tu dgn nasi ganja, mesti dia tak tangkap kami sebab dia pun ketagih. haha...Ntah apa2 la mengarut kitaorg petang tu, sampai bawa ke selepas berbuka. Masih lagi duk bergurau pasal nasi ganja. Punya la kuat pengaruh nasi ganja ni..hahaha...

Actually, aku dapat resepi nasi ganja ni dari sorang kakak kat FB. Tengok resepi macam mudah je, tu yang try buat. Aku kalau yang senang dan mudah ni suka la nak try, kalau tak....tengok je la resepi tu sambil telan air liur. hahaha...Korang boleh cari nama Ida Shahida @ Ida Shahida II. Dia banyak kongsi resepi2 masakan dan kuih muih kat page dia. Seronok tengok. Dia pun jenis tak kedekut ilmu...

Dalam entri lepas aku cakap nak kongsi resepi nasi ganja kan..So...hari ni kukotakan janjiku..hehe..


Resepi : Nasi Ganja
Sumber : Ida Shahida @ Ida Shahida II (Facebook)


 Bahan2nya :-

4 cawan beras
6 cawan air (kalau beras basmathi - 3 cawan = 4 1/2 cawan air) 
4 ulas bawang putih (dimayang @ blend)*
8 ulas bawang merah (dimayang @ blend)*
3 batang kulit kayu manis*
3 ulas bunga lawang*
5 ulas biji pelaga*
3 ulas bunga cengkih*
Sebungkus kecil rempah sup adabi (serbuk)*
Sos cili 
Minyak sapi
Minyak masak 
Air secukupnya
Pewarna kuning 
Garam
Perisa tambahan



Cara2nya: -

Tumis bahan2 bertanda (*) dengan sedikit minyak dan minyak sapi (agak2 dalam 1/4 cawan). Bila dah kekuningan, masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan, kemudian titikkan sedikit pewarna kuning. Kacau sedikit kemudian masukkan 6 sudu besar sos cili. Tambah garam dan perisa tambahan. Setelah itu, kacau lagi kemudian tutup periuk dan masaklah seperti biasa.



Dan aku... macam biasa la. Tak ikut pun sukatan yang diberikan tu sebenarnya..hihi...Aku ikut suka hati aku je, janji bahan2 tu semua ada..

Nasi ganja ni sedap dimakan dengan kari, dalca, ayam masak merah ataupun daging masak hitam. Hari tu aku makan dengan kari ayam dan sambal tumis telur puyuh. Pun sedap.....







Selamat mencuba!








No comments:

Post a Comment