Tuesday, November 17, 2015

Oh...peperiksaan....

Result UPSR dah keluar. Maka ramai la mak2 dan bapak2 update kat fb dan ig memasing tentang kecemerlangan anak2 diorg. Tahniah pada yg cemerlang, 5A,4A ke... Itu reward atas kerajinan dan usaha diorg. Tahniah juga buat semua yg dpt sikit je A atau tak dpt A langsung. Tak bermakna diorg tak berusaha atau malas atau tak pandai, cuma tak ada rezeki. Nasib tidak pada mereka kali ini. Harap janganlah ada yg memandang rendah pd mereka yg gagal. Perjalanan diorg masih jauh. Banyak yang akan dan bakal terjadi. Tak semestinye gagal sekarang, diorg tak boleh berjaya di masa depan. Silap2 diorg akan lebih berjaya dr bdk2 yg dpt 5A skrg. 

Ok, rasa macam pakar motivasi plak. Bukan apa,  bercakap berdasarkan pengalaman sendiri....

Sedih bila sesetengah org asyik membandingkan anak2. Yang ni pandai, yang ni tak pandai. Siap berbangga lagi. Berbangga tak salah. Memang setiap parent akan rasa bangga kalo ada anak yg cerdik pandai, cemerlang...tp rasanya tak perlu kot nak menunjuk sgt. Perjalanan ank2 tu masih jauh. Bnyk benda lagi yg akan mereka tempoh. So, tak perlu la show off bagai mcm anak dpt anugerah dekan. Anak yg dpt anugerah dekan tu pun belum tentu lagi terjamin kehidupan yg bagus Selepas grad. Tak percaya? Aku dah mengalaminya... Bercakap berdasarkan pengalaman.

Ada tu, siap bertanya lagi, anak awak dpt berapa A? OMG! Budak baru darjah 1 kot...dah tnye mcm budak tu nak amik UPSR. Sampai tahap tu punya berbangga anak dia dpt score A utk subject UPSR. Sekali lagi nak tekankan, budak baru darjah 1 Okeh! Huhuhu.... Tu belum lg ada yang printscreen result exam anak then upload kat fb, ig dan whatsapp. Ermmm.. Bersangka baik je la.. Suka sgt la tu, sb masa dia belajar dulu dia tak sepandai tu. Tak pernah merasa dpt markah yg anak dia dapat. Tak pernah merasa naik pentas terima hadiah cemerlang. Sebab tu la bila anak dia dpt, makpak yg melebih...

Kesimpulannya, ( cheewah!! Mcm buat karangan bm plk) nak berbangga biar bertempat. Setiap ibubapa memang berhak merasa bangga dengan pencapaian cemerlang anak2 mereka, tapi sebelum buat atau bercakap sesuatu eloklah berfikir dulu. Kot suka sgt anak dapat no 1 @ 5A dan rasa nak berkongsi rasa bangga dan gembira tu, kongsilah dengan org rapat dan terdekat sahaja. Tak payah nak bgtau satu Dunia... Nikmat rezeki semua Allah punya. Kalau Dia nak tarik, sekelip mata je. Jangan sampai satu masa nnti mak2 dan pak2 yg bangga sgt td terdiam tak bersuara bila anak yg dibanggakan sgt tu tak cemerlang pulak... Bukan mendoakan yg tak baik tau...tp bercakap sekadar peringatan utk diri sendiri dan org lain juga (Kalau boleh diambil iktibar). Kalau boleh nak semua anak2 kita berjaya. Bukan saja di Dunia, tp berjaya juga di sana nnti. 

Mesti org terfikir... Eleh...dia ckp gitu mesti sb sb anak dia tak cemerlang. Sb anak dia tak pandai. Sebab tu dia tak boleh nak bangga, tak boleh nk upload status dan gambar kecemerlangan anak dia. Jealous lettew! Oh..sama sekali tidak. Aku peduli apa dengan anak org cemerlang ke tidak. Apapun result yg anak aku dapat, bg aku itu dah cukup. Aku tahu takat mana kemampuan dia. Masih terlalu awal utk aku mengharap yg tinggi2 dari dia. Bukan bermakna anak aku tak cemerlang. Kalau cakap kat sini nnti kang org kata aku menunjuk pulak..hehe...kan dah jadi kata dulang paku serpih pulak.. 

Apa yang aku tulis ni cuma apa yang aku terfikirkan bila melihat ramai sgt parents yg update result exam anak diaorg kat fb dan ig (tak kisah la result UPSR @ exam akhir tahun). Pernah ke diorg terfikir kwn2 @ sedara mara yg melihat status tu, yg anak2 diorg tak cemerlang, dpt result biasa2 je...apa perasaan diorg? Boleh Jamin ke parents yg update pasal kecemerlangan anak diorg ni takde niat apa2. Just nak share kegembiraan sahaja...boleh Jamin ke??? Paling tak pun, mesti ada jugak terselit rasa bangga dan perasaan Ingin menunjuk2... Percayalah!

Apapun..sama2lah kita berdoa utk kecemerlangan anak2 kita. Setiap mereka adalah cemerlang. Cuma kita tak tahu di mana rezeki mereka. Mungkin mereka tak cemerlang dlm pelajaran tp cemerlang budi pekertinya. Mungkin mereka tak cemerlang dlm akademik tp cemerlang dlm agama. Allahua'lam.... So...please...jgn pandang rendah anak org lain dan Jangan terlalu bangga dgn anak kita Okeh! Sedang2 saja..yg penting bersyukur. Peace yo!

Monday, July 27, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekejap je masa berlalu. Rasa belum puas menikmati keindahan Ramadhan, dah tiba Syawal...Moga masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Sekarang masih lagi dalam mood raya. Baru seminggu kita berlari raya kan... Aku siap cuti seminggu lepas raya. Hambik ko! (sebenarnya sb taska tutup, so budak2 takde sape nk jaga..hihi) 

Sebulan puasa haritu, tak sempat nk update blog. Padahal bnyk resepi yg nak dikongsikan. Macam2 aku masak.. Maklum la, dah hari2 masak mesti la menu yg berbeza setiap hari kan... Ini bermakna, selama sebulan ni aku berjaya dengan misi "say no to Bazar Ramadhan" ku.. Haha...ketawa penuh bangga. Aku berjaya! 

Ermmm...skrg nak cite pasal raya ke pasal masakan2 aku sepanjang Ramadhan ye... Cite pasal raya dulu la..hehe

Raya tahun ni giliran ke Perak. (Emmm...ada suka dan ada duka. Tak mengapalah. Abaikan saja...Hari baik bulan baik ni kita cite yg baik2 je ye) Selama 3 hari kami kat sana, berhari raya di homestay di taman semarak, Gerik. Melawat kawan2, jiran2 dan saudara mara sebelah mertua. Tak banyak yg boleh diceritakan sb rutin biasa saja di hari raya. Berziarah la..apa lagi...

Ni gambar kami ramai2.. Suka tgk gambar ni. Nampak semua mesra dan happy.


Ni pulak gambar my family tanpa aku...huhu. Dah la adik beradik tak ramai. Bila takde sorang dua, nampak sgt kekurangannya di situ... Miss my family much!! (terutama sibulat kecik tu)


Gambar kami anak beranak memang selalu tak sempurna. Ada je yg tak kena.hehe...


Ni keje diorg la ni...suruh bersalaman cium tangan lama2 macam kawin pulak. Malu ai tau... Dah Salam dalam bilik td sbnrnya, cukup la..buat pe nak tunjuk kat org kan..hihi.. Hari2 pun Salam cium tangan masa nak g keje. So, apa nak heran sgt.. Saje je diorg ni tau...haha.. Apapun, ok la tu...sebagai kenangan di hari raya... Tp honestly speaking la..aku mmg amat malu masa tu.. Aku ni kan jenis low profile, tak suka la nk show off ni... (uwekkk...konon) Tengok saja la en. Meor tu, nampak sgt tak Ikhlas.haha...


Ni je la gambar budak ber4 ni yg dapat aku snap. Susah benar nak gatherkan diorg ni. Asal ada gambar raya diorg ber4 sudah...hehe.


Dah abis pasal gambar raya. Raya ke 3 kami balik Pekan. 11 jam lebih punya perjalanan. Gile! Sebelum tu kami ke Taiping dulu amik durian kat rumah kawan en. Meor. Jalan2 Aeon Taiping jap sblm bertolak balik. Pukul 8 malam baru kami gerak. Jammed!! Sampai Pekan pukul 7 lebih pagi. Huhu.. Melekat bau durian kat badan. Satu hari kami qada' tido..haha.. Plan nak pegi beraya ditunda keesokan hari...

Wednesday, June 24, 2015

Nasi Ganja

Haaaa.... takut kan dengar nama dia...Masa buat nasi ni untuk iftar hari ke 2 haritu, konon nak menunjuk kat orang kampung yang aku masak lain dari yang lain. Whatsapp la nak cerita kat diaorg yang aku masak nasi ganja untuk berbuka. Sekali adik, kakak ngan sepupu semua ketawa. Macam2 diaorg komen. Kelakar semuanya..Tergelak aje aku membaca komen diorg. Adik aku siap cakap jaga2 nanti masuk paper Harian Metro muka depan, sebuah keluarga anak beranak semua kena tangkap masuk penjara sebab makan dadah. Hahaha...punye la tinggi imaginasi... Aku balas nanti aku rasuah polis tu dgn nasi ganja, mesti dia tak tangkap kami sebab dia pun ketagih. haha...Ntah apa2 la mengarut kitaorg petang tu, sampai bawa ke selepas berbuka. Masih lagi duk bergurau pasal nasi ganja. Punya la kuat pengaruh nasi ganja ni..hahaha...

Actually, aku dapat resepi nasi ganja ni dari sorang kakak kat FB. Tengok resepi macam mudah je, tu yang try buat. Aku kalau yang senang dan mudah ni suka la nak try, kalau tak....tengok je la resepi tu sambil telan air liur. hahaha...Korang boleh cari nama Ida Shahida @ Ida Shahida II. Dia banyak kongsi resepi2 masakan dan kuih muih kat page dia. Seronok tengok. Dia pun jenis tak kedekut ilmu...

Dalam entri lepas aku cakap nak kongsi resepi nasi ganja kan..So...hari ni kukotakan janjiku..hehe..


Resepi : Nasi Ganja
Sumber : Ida Shahida @ Ida Shahida II (Facebook)


 Bahan2nya :-

4 cawan beras
6 cawan air (kalau beras basmathi - 3 cawan = 4 1/2 cawan air) 
4 ulas bawang putih (dimayang @ blend)*
8 ulas bawang merah (dimayang @ blend)*
3 batang kulit kayu manis*
3 ulas bunga lawang*
5 ulas biji pelaga*
3 ulas bunga cengkih*
Sebungkus kecil rempah sup adabi (serbuk)*
Sos cili 
Minyak sapi
Minyak masak 
Air secukupnya
Pewarna kuning 
Garam
Perisa tambahan



Cara2nya: -

Tumis bahan2 bertanda (*) dengan sedikit minyak dan minyak sapi (agak2 dalam 1/4 cawan). Bila dah kekuningan, masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan, kemudian titikkan sedikit pewarna kuning. Kacau sedikit kemudian masukkan 6 sudu besar sos cili. Tambah garam dan perisa tambahan. Setelah itu, kacau lagi kemudian tutup periuk dan masaklah seperti biasa.



Dan aku... macam biasa la. Tak ikut pun sukatan yang diberikan tu sebenarnya..hihi...Aku ikut suka hati aku je, janji bahan2 tu semua ada..

Nasi ganja ni sedap dimakan dengan kari, dalca, ayam masak merah ataupun daging masak hitam. Hari tu aku makan dengan kari ayam dan sambal tumis telur puyuh. Pun sedap.....







Selamat mencuba!








Iftar hari ke 6 : Ayam Goreng Kicap Madu

Hari ni dah hari ke 7 kita puasa ek...cepat je masa berlalu kan... Skrg masih lagi bertahan tak ke bazar ramadhan.hehe.. Semalam, kita berbuka biasa2 je awak... Dah takde nasik warna warni..hihi.. sampai Adhwa tanya, "nasik pink takde ke ibu?" huhu..Haru anak aku..

Tapi kan...semalam....kita buat resepi baru. Ayam goreng kicap madu. Sedap jugak rasa dia...(puji diri sendiri..hihih) Ada sikit2 rasa macam paprik tau..Nanti aku bagi resepi ye...Selain tu ada juga Ikan Siakap Masak Taucu dan sayur campur. Tu je menu berbuka kami semalam... Tu pun sedap juga..Yang penting anak2 suka dan makan banyak. Puas hati ibu masak!





Ikan siakap masak taucu ni, aku buat macam sup, banyakkan kuahnya sebab bedak2 suka makan berkuah. Adhwa ngan Adnin suka hirup sup...So, masak kena ikur selera anak2 hokeh...


Ini je juadah berbuka kami semalam....




Di samping tu ada la sedikit kuih dan air. Semalam buat air teh 'o' ais madu + blackcurrent. Sedap oooo....tapi takde gambar. Sorry....




 Resepi : Ayam Goreng Kicap Madu


 


Bahan2nya: -

Ayam bahagian dada (dipotong kecil2)
Bawang besar (dihiris bulat2)
Bawang putih (dititik)
Halia (dititik)
Serai (dititik)
Lada kisar @ cili boh
Cili merah (untuk hiasan)
Madu
Kicap pekat @ manis
Sos tiram
Garam secukup rasa
Bijan (optional)
Daun limau purut

Cara2nya: -

1) Goreng ayam terlebih dahulu dengan minyak yang banyak. Dah masak, angkat dan ketepikan.

2) Tumis sedikit lada kisar @ cili boh. Lada kisar cuma sesudu kecil sahaja lebih kurang.

3) Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. 

4) Setelah agak garing, masukkan kicap pekat, sos tiram dan madu. Tambah sedikit air supaya tidak hangus.

5) Perasakan dengan garam dan sedikit bahan perisa.

6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan daun limau purut. Gaul sebati dan biarkan sampai agak kering.

7) Setelah masak, angkat dan taburkan cili merah yang telah dihiris halus dan bijan.

8) Siap untuk hidangan

P/s : Bahan2 semua tak ada sukatan sebab kita tak tau nak sukat macam mana...hihi.. Selalu kalau kita masak, main campak2 n agak2 ikut sedap rasa je. So, korang pun agak2 jugak la ye banyak mana nak guna bahan2 tu...I am sorry...:-)

Akhir kata, selamat mencuba....














Tuesday, June 23, 2015

Masih lg tentang puasa...

Alhamdulillah...dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Masih lagi dpt meneruskan ibadah puasa dengan baik. Tp bab "say no to Bazar Ramadhan" tu, dah terpesong skit sb hari ahad baru ni temankan my SIL yg nak pegi Bazar. Tp kami cuma beli air dan murtabak je tupun pasal budak2 nak makan murtabak. Kira ok la tak membazir.hehe Kannn..hihi..

Weekend 2 hari kami anak beranak di setapak, rumah in law. So, takde la masak2 sebab org yg masak. Aku just tolong2 je..hehe.. Bila dah start weekdays ni, mula la kembali aktiviti masak memasakku.. 

Semalam, dari opis lg duk fikir nak masak menu apa utk berbuka nnti. Fikir punya fikir, tetiba plk rasa nak buat nasik lemak tp taknak yang biasa. So, start Google la... Jumpa la resepi nasi lemak pandan @ nasi lemak hijau. Banyak blog yg kongsi resepi tu, so korang kalo nak buat boleh la Google je (macam aku..hihi) Aku amik resepi dari Che mat gebu @dapurtanpasempadan (klik sini. Senang jugak nak membuatnya....kebetulan ibu mertuaku ada bekalkan sambal tumis sotong kering. Memang kena sgtlah. Aku cuma buat tumis ikan bilis dgn petai then sediakn telur rebus dan timur. Dah siap...


Aku bagi nama nasi le"mak kau hijau" sempena trending "mak kau hijau" yg jd viral kat dlm fb tu..hihi. Bdk2 suka sgt dgn nasi ni. Mgkn lain dr yg selalu diorg makan kot..hihi.. Asyfan ngan Ajwad makan bertambah2. Sampai tinggal korek2 je utk kembar. Sian kembar... Apa2 ibu happy la bila masakan ibu jd kegemaran anak2. Senyum dalam hati je.... Bertambah azam ibu nak lebih rajin mencuba menu baru kalo mcm ni..hihi..




Lupa plk, ada ayam goreng berempah. Nama je la ayam goreng berempah tapi takde la rempah mana sgt sb tak cukup bahan. Aku main letak je bahan apa pun..hihi...tp rasa not bad la..sedap juga walaupun takde pun rasa ayam berempah yg selalu beli ngan nasik kukus tu..hihi.. Semua licin.. Sonang hati den.. Adnin kata, esok ibu buat nasi warna pink pulak ye...haha... Sebabnya, sebelum ni, hari jumaat lepas aku buat nasi ganja untuk berbuka. Dalam entri lepas aku ada ckp nak masak kari ayam dgn sambal tumis telur puyuh kan...emmm...makan dgn nasi ganja la. Nanti aku kongsi resepi dalam entri khas ye.. Nasi tu warna kuning, semalam nasi warna hijau, sb tu Adnin suruh masak nasi warna pink pulak nnti..hihi... Haru...

Amacam?? Nampak sedap tak? hihi...

Hari yang sama aku buat kuih cek mek molek... Alhamdulillah...menjadi wehh..walaupun baru 1st time buat..Cuma tak lembut mcm yg biasa beli tu..Terlebih tepung agaknya.. Rasanya sedap je..hehe..

Begini la rupa kuih cek mek molekku setelah digoreng..hihi



Friday, June 19, 2015

Selamat berpuasa....

Hari ni dah hari ke 2 kita berpuasa bagi tahun 1436h ini. Tahun ni azam nak "say no to bazar ramadhan"..hehe..harap2 berjaya la sampai ke hujung Ramadhan. Sepanjang bulan ni, rasanya akan banyak update pasal juadah berbuka puasa je la.. Adat la kan...hihi..

Semalam, 1st day puasa, menu simple je. Ingatkan tak sempat nak masak banyak almaklum la, I balik kerja pukul 5.30pm. Sampai rumah baru nak solat Asar (teruk kan..hihi). Dalam pada kelam kabut nak siapkan juadah berbuka, akhirnya siap 3 - 4 juadah.hahaha...


Taraaaa...ni la dia juadah yang sempat ibu masak semalam. Yang penting ada asam pedas untuk dia.haha.. Ajwad org paling tak sabar nak makan sb lauk kesukaan dia. Yg lain2 tu biasa je. Udang tumis salut telur, sayur sawi goreng, telur dadar dan ikan pekasam (Takleh tinggal).


Hari ni punya juadah belum tau lagi. Rasa nak masak kari ayam dengan telur puyuh tumis pedas. Mudah2an menjadi le.. Esok I update hokeh..hihi..

Lunch hour tadi balik rumah sekejap. Sempat la buat kuih cek mek molek. Tak tau apa rasa tapi ok la kan, nak "say no to bazar ramadhan" katanya...hehe




Yang ni tak goreng lagi. Simpan dalam peti sejuk dulu, balik kerja nanti baru goreng. Best makan panas2 walaupun tak tau apa rasanya..haha

Ok, jam pun dah pukul 5.30pm. Nak balik masak pulak....Bye...

Tuesday, April 7, 2015

Apam Mekar Vs Apam Polkadot

Sebenarnya, dah lama teringin nak buat apam polkadot, tp macam susah je...So, disebabkan alasan tu, maka lama la keinginan tu terpendam...Sampailah satu masa, ada kawan share resepi apam mekar...Nampak cantik, geram sgt sampai "terbuat"..hahaha..

Apam polkadot, kita tinggalkan dulu...huhu...



Cantik mekar kan...hehe..First time buat menjadi gitu..terus bersemangat...Bawak pegi rumah ibu mertuaku, semua kata sedap..Errmmmm....ai is kembang hokeh..hehe...Sbnrnya ada lg gmbr apam mekar ni tp dah delete....tgk dalam instagram @ facebook je la... (do follow my insta @norazlinaabdrahman)

Nak resepi.... kat bawah ye... Ni kawan yg bagi, credit to her la... Tq Pinnot ;)



Abis cite pasal apam mekar, selang beberapa minggu kemudian, tetiba ter rajin nak buat apam polkadot. Untuk majlis sambutan harijadi kat sekolah Ajwad sebenarnya...Tak tau nak buat apa..Asyik Congo Bar je, boring pulak. Bila tgk semua bahan cukup, terus rasa nak cuba buat apam polkadot. So...inilah hasilnya...


Cantik tak??? Haaaa..Sedap tp tak berapa gebu sangat bak kata orang opis ai...hehe..takpe..boleh cuba lg..
Resepi, dah tak ingat ambil kat blog mana...tak save la pulak...huhu... Nanti la, bila ai buat lg, akan kukongsikan resepinya ye.... ;-)


Notakaki : - Lebihan apam polkadot ni juga turut dibawa ke Setapak, rumah ibu mertuaku, masa sambutan birthday Asyfan secara berjemaah haritu. Sedap, kata diorg..hahaha...






Setelah sekian lama....

Assalamualaikum...

Terlalu lama rasanya meninggalkan ruangan blog ni... Tiba2 terasa rindu...Ingin kembali, ermmm...terlalu bnyk benda nak buat. Fokus pada anak2 yg sudah mula bersekolah...Namun begitu, terlalu bnyk yg terjadi yg tak dapat nak dikongsi di sini, gara2 tiada kesempatan even utk buka blog. (Konon...:D) Kalau ikutkan...terlalu banyak yang nak diceritakan....tentang anak2..tentang kehidupan..tentang resepi...dan pastinya order2 utk kek dan kuih masih lg seperti biasa,walaupun tak selalu...heheh

Hari ni takde apa nk diceritakan pun sebenarnya...Cuma kebosanan melanda, tu yg teringatkan blog yg usang ni..hihi...Ermmm..nak cerita apa ye....Ahaaa!!

24 Mac 2015 (Selasa)....
Birthday Asyfan ke 7 tahun...dah besar anak ibu. Niat di hati nak buat sedikit sambutan di sekolah dia, tp minggu tu sekolahnya ada latihan sukan. Maka, tak dapat la dia nak sambut di sekolah...Sambut kat rumah sudah la...Mujur dia tak terlalu meminta utk buat sambutan di sekolah...


Ada budak menyebok...

Alkisah... kek tu ibu buat sendiri..tak sempat nak order dah. Buat "Congo Bar" je..Cukup la...Bdk2 pun suka makan...


Emmm...ibu ni memang tak berseni...Tengok la tulisan pada kek tu...hancusss...huhu.. Sori la Apan, nanti ibu perbaiki lagi..

Sambutan biasa saja pada malam harijadi Asyfan. Cuma kek dan pizza..tapi....hari sabtu kemudiannya....ada sambutan beramai2 dengan Wan Yang dan kak Ika... (Asyfan berkongsi tarikh besday dengan kak ika iaitu 24 Mac. Manakala Wan Yang pula 25 Mac, beza sehari) Hari tu...ibu buat Nasi Arab Mandy...Wah..wah..wah.. Gigih betul.





Ni la 3 org yg sambut besday... Kak ika, Asyfan dan Wan Yang ( Yang lain tu..sila abaikan...hihihi)

Kembar penyebok...hehe

Kesian kembar...besday diorg haritu ibu tak cite pun..nanti la ibu cite dalam entry lain plak ye..Enty khas utk kembar. Besday kembar awal tahun haritu...bulan Januari, sama ngan atuk...tapi tak sambut sama pun..Sebab apa ye...ibu pun dah lupa.

Okay...mari layan beberapa gambar sekitar majlis yang tak seberapa tu...hihi


Bdk2 ni dah takde tempat nak duduk agaknya...Bnyk2 tempat, bawah meja jugak yg jadi pilihan...hihi